Keusangan terancang

Keusangan terancang (Bahasa Inggeris: planned obsolescence) ialah teori reka bentuk di mana barangan direka dengan sengajanya menjadi bertambah rapuh usang semakin lama ia dipakai sehingga suatu tahap ia menjadi tidak dapat digunakan lagsung mahupun tiada daya tarikan semasa lagi[1] dengan tujuan mengalakkan pembelian berterusan kerana jangka tempoh penggantian alat yang semakin disingkatkan.[2][3]Pengungkapan asal konsep ini dapat ditelusuri kembali seawal tahun 1932 melalui suatu risalah karya Bernard London berjudul Ending the Depression Through Planned Obsolescence (Mengakhiri Kemelesetan Melalui Keusangan Terancang).[4] yang mendesak pemerintah menetapkan peraturan menetukan keusangan resmi bagi produk-produk pengguna untuk merangsang dan mempertahankan tahap kepengunaan. Idea ini hanya dapat dilanjutkan serta dipopularkan oleh Brooks Stevens, seorang pereka bentuk industri Amerika Syarikat dalam suatu sidang periklanan di Minneapolis pada tahun 1954 di mana Stevens memahamkan bahawa keusangan terancang "kenanamkan suatu keinginan kepada para pembeli untuk memiliki sesuatu yang sedikit lebih baru, sedikit lebih baik, dan sedikit lebih cepat dari yang seharusnya."